*

*
*

Saturday 25 October 2014

KURSUS TEKNOLOGI MEMPROSES KORDIAL, JUS, MINUMAN TERUS BUAH-BUAHAN DAN HERBA

PENGENALAN

Kursus Asas Teknologi Memproses Kordial, Jus, Minuman Terus Buah-buahan dan Herba dilaksanakan  bagi melahirkan usahawan yang menceburkan diri secara serius dalam industri memproses minuman halal  berasaskan  buah-buahan  dan herba.

Dengan menyertai kursus ini para peserta akan didedahkan kepada proses-proses pengeluaran produk minuman yang boleh dihasilkan dari rumah, bengkel  mahupun di kilang yang khusus berasaskan kepada modal yang dimiliki.




Selaras dengan peruntukan Akta Makanan 1985. peserta akan didedahkan  dengan prosedur yang dipermudahkan bagi  membolehkan mereka untuk terus memajukan perusahaan kearah mencapai mencapai status IKS.

Dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman  dan mempunyai maklumat bagi peluang-peluang serta kemudahan daripada Agensi Kerajaan kearah  melahirkan lebih ramai usahawan didalam bidang ini.





PELAKSANAAN

Kursus akan dijalankan secara hands-on untuk memastikan peserta mahir dari segi teknikal pengeluaran produk yang bermutu dan komersil . Di samping itu, peserta akan didedahkan dengan kaedah menjalankan perniagaan secara profesional terutama dalam aspek keusahawanan, pengurusan kewangan, pengurusan pemasaran. 


PESERTA


Terbuka kepada semua golongan.


TEMPOH KURSUS BERJADUAL

Jangkamasa kursus asas  ialah selama satu (1) hari.

KURSUS LUAR JADUAL / PERSEORANGAN


1. 
Sekiranya anda berminat untuk mengikuti kelas secara perseorangan, kelas secara ekseklusif   diadakan mengikut waktu dan masa yang sesuai dengan anda setelah mengatur dengan pengurusan kami. 


2. Masa yang diperlukan untuk satu-satu kelas selama lebih kurang 4 jam


3. Kelas di area Marang, berdekatan dengan Bandaraya Kuala Terengganu.


4. Dapat membuat booking awal bagi memastikan waktu yang sesuai dengan anda dapat dipenuhi. 




5. Hubungi 0139389712 untuk penetapan tarikh.

6. Layari : http://wmkfoodindustries.blogspot.my/

KEMUDAHAN DISEDIAKAN

Makan minum, nota kursus dan bahan-bahan mentah disediakan sepanjang tempoh kursus.
KANDUNGAN KURSUS :
A) PENGENALAN
1. Memahami keperluan bagi minuman jus buah, minuman buah, minuman berperisa,
minuman 100% jus dan minuman herba mengikut Akta Makanan 1985.
2. Teknik membuat jus buah.



3. Bahan-bahan asas bagi memproses minuman air buah-buahan.
4. Mengenal kondisioner makanan yang dibenarkan.
5. Mengenal pengawet yang dibenarkan seta kadar yang benarkan oleh undang-undang.
6. Mengtahui penggunaan pengawet melebihi kadar yang dibenarkan boleh membawa maut kepada pengguna.
7. Mengenal perisa dan fungsinya.
8. Mengenal pewarna yang dibenarkan.
9. Formulasi membuat air minuman dan jus.
10. Mengenal alat-alat penyukat.
11. Cara memulakan perusahaan
12. Cara membuat produk tahan lama.
13. Teknik pembotolah dan pembungkusan. 
14. Mengenal pasti keperluan mesin bagi skala industri.
15. Mengenalpasti mesin alternatif bagi bajet terhad.
14. Teknik melakukan R&D bagi menghasilkan produk bermutu.
B) PRODUK-PRODUK YANG BOLEH DIHASILKAN
i. Jus Buah-Buahan
ii. Minuman Jus Buah
iii. Minuman Buah
iv. Minuman Berperisa
v. Minuman Herba
C) TEKNIK PEMBUNGKUSAN / PEMBOTOLAN
i. Semi-automatic overflow filling machine

ii. Botol kaca


iii. Botol plastik HDPE


iv. Botol plasti PET



v. Tin aluminium




vi. Pembungkusan (bottle wrapping)


D) PELEBELAN
i. Piawaian perlebelan
ii. Info yang diperlukan pada label
ii. Prosedure mendapatkan sijil pengesahan Ujian makmal bagi mendapatkan pengesahan makmal kandungan bahan dalam produk yang dihasilkan dan yuran.

E) BAR CODE
i) Keperluan Bar Code
ii) Pengenalan Bar Code GS1 Malaysia
iii) Pendaftaran dan yuran

F) TRADE MARK (CAP DAGANG)         
Setiap cap dagangan yang didaftarkan secara sah akan menyebabkan pemilik cap dagang tersebut memiliki hak ekslusif di atasnya, dalam kelas yang yang membolehkannya memonopoli hak penggunaan cap dagangan tersebut dan membolehkan tindakan undang - undang diambil terhadap pihak yang menyalahgunakan atau melakukan pelanggaran hak ( infringement ). 
Sijil Cap Dagangan yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar Cap Dagangan. boleh dijadikan bukti bagi di mahkamah bagi sebarang prosiding atau tindakan undang - undang, dibawah  Akta Cap Dagangan 1976. Sijil Cap Dagangan adalah bernaung dibawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia.   i) Cara mendaftar jenaman produk minuman anda
ii) Ibu Pejabat dan Pejabat Cawangan Pendaftat
iii) Pendaftaran melalu ajen dan yuran. 
G) PENUTUP
i. Memproses jus dan kordial merupakan satu bidang keusahawanan yang berdaya maju kerana produk ini mempunyai permintaan yang sentiasa meningkat.
ii. Industri ini boleh diceburi dengan mudah kerana boleh dimulakan dengan menggunakan teknologi asas yang mudah dan murah dirumah atau bengkel.
iii. Bila telah memulakan industri secara kecilan, anda berpeluang memohon bantuan dan geran yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan untuk meningkatkan usaha anda ketahap IKS.

TARIKH KURSUS  :  klik di sini

TEMPAT : Lot 14915, Taman Mengkuang Indah, Tingkat Bawah Kg Padang Mengkuang, Bukit Payong, 21600 Marang Terengganu.

TEMPAHAN : Sila hubungi no telefon / email di bawah untuk pengesahan tempat dan tarikh kursus.


wmkfood@gmail.com


CALL/SMS/WHATAPPS : 013-9389712

SIAPA PATUT HADIR ?


Mereka yang berminat untuk menambah pengtahuan, memulakan usaha kecil-kecilan  serta ingin berminat menjadi  usahawan IKS patut hadir kursus ini.

YURAN PENYERTAAN

1. Individu – 2.
Berkumpulan 5 orang Rujuk : http://wmkfoodindustries.blogspot.my/

Yuran termasuk:-


Kos Penyediaan Bahan Untuk Praktikal 

Kos Makan dan Minum Sepanjang Kursus
Nota-nota Lengkap
Sijil Penyertaan kursus

CARA MENYERTAI :

1. Hantarkan  Nama, alamat, nama kursus dan ho tel/hp ke e-mail : astapbaru@gmail.com untuk pendaftaran.

2. Menghadiri kursus.

3. Layari :http://wmkfoodindustries.blogspot.my/



KURSUS SECARA JARAK JAUH (VIP)

Anda boleh mengikuti kursus secara jarak jauh.

Peserta perlu mengadakan periuk bersaiz 5 liter keatas, dapur untuk memasak, penapis kain, mesin blender dan senduk mengikut keperluan kursus yang disertai.

Peserta dimestikan memiliki asas memasak.

Peserta perlu menyediakan beberapa bahan seperti gula, buah, herba dan air bertapis yang akan diberi arahan dalam nota kursus yang akan dihantar.

Peserta akan dibekalkan melalui pos bahan-bahan yang diperlukan untuk memproses seperti kondisioner makanan, pewarna, pengawal asid, pengawet, botol dan sebagainya.

Praktikal dan soal jawab melalui telefon, sms dan whattap.

Peserta akan diberi bimbingan selepas kursus dengan terma yang dipersetujui.

Yuran kursus perlu dijelaskan sebelum kursus bermula.

Sijil akan dikeluarkan kepada peserta yang berjaya.

Hubungi : 
H/phone : 013-9389712 (call/sms/whatsapp)
Telefon : 09-6389500
Fax : 09-6389501
Layari : http://wmkfoodindustries.blogspot.my/